Rabu, 2009 Oktober 14

PROGRAM ANAK WARISAN SIRI 1 2009

Objektif utama Program Anak Warisan 2009 Siri 1, ini merupakan satu program yang berbentuk motivasi dan pendidikan, dimana semua pelajar Diploma dari Fakulti Perniagaan yang mendapat keputusan peperiksaan setiap semester dengan 2.00 CGPA ke bawah, akan diberikan motivasi. Didalam program ini peserta akan dibantu oleh pakar motivasi untuk membina hala tuju dan fokus yang lebih dinamik dan berkesan, supaya mereka mampu mencapai keputusan yang lebih baik daripada sebelumnya. Melalui program seumpama ini juga, pihak universiti dapat melahirkan belia-belia yang berkualiti, bukan sahaja dari segi pelajaran, pergaulan sosial dan kepimpinan, malah peka kepada keadaan semasa dalam usaha membentuk anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang berlandaskan prinsip GPMS iaitu “Maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya sesuatu bangsa itu terletak di tangan kami”


Tarikh : 22/10/2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Senat Canselori UNiSEL.
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Rabu, 2009 September 30

KURSUS PENGUCAPAN AWAM SIRI 1 2009

KEPADA SEMUA MAHASISWA/SISWI UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR. KAMI AKAN MENGADAKAN KURSUS PENGUCAPAN AWAM SIRI 1 2009.
TARIKH : 24 OKTOBER 20009
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
TEMPAT : LECTURE TEATER LT, FAKULTI KEJURUTERAAN UNISEL.
BAYARAN : RM 10.00
ANDA BOLEH MEMBUAT PENDAFTARAN DI PUSAT KOMUNITI PELAJAR PKP DARI 30 SEPTEMBER HINGGA 16 OKTOBER 2009.
ANDA JUGA BOLEH MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN DENGAN KLIK DISINI 
SILA SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.

KURSUS ASAS FASILITATOR 2009

KEPADA SEMUA AHLI GPMS CAWANGAN KHAS UNISEL BESTARI JAYA. SEBUAH KURSUS ASAS FASILITATOR (KAF 2009) AKAN DIADAKAN TIDAK LAMA LAGI.
TARIKH : 17 HINGGA 18 OKTOBER 2009
TEMPAT : BANGLO GPMS, JALAN SULTAN SALAHUDDIN KUALA LUMPUR.
BAYARAN : RM 25.00
ANDA BOLEH MEMBUAT PENDAFTARAN DI PUSAT KOMUNITI PELAJAR PKP MULAI 30 SEPTEMBER HINGGA 14 OKTOBER 2009
ANDA JUGA BOLEH MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN DENGAN KLIK DISINI.

SILA SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.

Khamis, 2009 September 03

BORANG MAKLUMAT AHLI

PERHATIAN..!!
AHLI GPMS CAWANGAN KHAS UNISEL BESTARI JAYA
KEPADA AHLI BARU & LAMA TERMASUKLAH YANG TELAH TAMAT PENGAJIAN. ANDA DIKEHENDAKI MENGISI "BORANG MAKLUMAT AHLI" DAN HANTARKAN KEPADA KAMI MELALUI E-MAIL ATAU POSKAN KEPADA ALAMAT KAMI ATAU HANTAR TERUS KE BILIK GERAKAN GPMS UNISEL BJ
BORANG MAKLUMAT AHLI BOLEH DIMUAT TURUN DARI BLOG/WEBSITE KAMI
E-mail: gpms_uniselbj@yahoo.com.my
TUJUAN KAMI ADALAH UNTUK MENGEMASKINI DATA KEAHLIAN BAGI MEMUDAHKAN URUSAN PENTADBIRAN. KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI. SEKIAN TERIMA KASIH.

Selasa, 2009 September 01

1 MALAYSIA 1 GPMS



1 MALAYSIA
SELURUH MAHASISWA
1 GPMS

Isnin, 2009 Ogos 31

KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.
2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.
3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.
4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.
5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.
6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.
7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.
8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.
9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.
10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.
11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.
12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.
13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.
14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.
15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.
16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.
17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.
18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.
19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.
21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.
22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.
23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.
24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.
25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.
26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.
27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.
28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.
29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.
30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.
31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.
32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.
33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.
34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.
35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.
36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.
37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.
38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.
39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.
40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.
41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.
42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.
43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini.
Sumber: Laman Web Tun Mahathir

APAKAH HUBUNG KAIT KONTRAK SOSIAL DENGAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA?

Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia.Malaysia adalah Negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli.Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.

APAKAH PERKARA PENTING PERLU DIFAHAMI DALAM KONTRAK SOSIAL?

Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.

ADAKAH KONTRAK SOSIAL TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN?

Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan. Dengan adanya kontrak sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, usaha telah dapat dilakukan untuk menggubal Perlembagaan. Ia merupakan muafakat antara kaum yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.


MENGAPA ISU KONTRAK SOSIAL TIMBUL?

Isu ini timbul mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan. Ia suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu yang merupakan imigran atau keturunan imigran.Oleh sebab itu generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah sebahagian daripada kontrak sosial. Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa. Kepada mereka kompromi ini terikat kepada masa tertentu, jadi mereka tidak nampak relevannya sekarang.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KONTRAK SOSIAL?


Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.

KEKELIRUAN MENGENAI KONTRAK SOSIAL

Perdebatan mengenai kontrak sosial hangat dibincangkan di media tempatan apabila akhbar Mingguan Malaysia pada 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa ‘kecil hati'. Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa daripada kalangan beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media.

Datuk Seri Lim Keng Yaik kemudian menafikan beliau membuat kenyataan tersebut sambil mendakwa bahawa kata-kata beliau telah disalah tafsir. Bagaimanapun beliau telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berhasrat mempersoalkan atau menukar formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa Negara mencapai kemerdekaan. Sehubungan dengan itu juga. Kabinet pada 17 Ogos 2005 mengarahkan supaya semua perdebatan mengenai isu tersebut dihentikan.

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


SESUNGGUHNYA TIDAK ADA YANG LEBIH MENYAYATKAN
DARI MELIHAT BANGSAKU DIJAJAH.


TIDAK ADA YANG LEBIH MENYEDIHKAN
DARI MEMBIARKAN BANGSAKU DIHINA.


AIR MATA TIADA ERTINYA
SEJARAH SILAM TIADA MAKNANYA
SEKIRANYA BANGSA TERCINTA TERPINGGIR
DIPERSENDA DAN DILUPAKAN.


BUKAN KECIL LANGKAH WIRA BANGSA
PARA PEJUANG KEMERDEKAAN
BAGI MENEGAKKAN KEMULIAAN
DAN DARJAT BANGSA
SELANGKAH BEERTI MARA
MENGHARUNG SEJUTA DUGAAN.


BIARKAN BERTATIH
ASALKAN LANGKAH ITU YAKIN DAN CERMAT
BAGI MEMASTIKAN NEGARA
MERDEKA DAN BANGSA TERPELIHARA
AIR MATA SENGSARA
MENGIRINGI SETIAP LANGKAH BAPA-BAPA KITA.


TUGAS KITA BUKAN KECIL
KERANA MENGISI KEMERDEKAAN
RUPANYA LEBIH SUKAR DARI BERMANDI
KERINGAT DAN DARAH MENUNTUTNYA.


LAGI PULA APALAH ERTINYA KEMERDEKAAN
KALAU BANGSAKU ASYIK MENGIA DAN MENIDAKKAN,
MENGANGGUK DAN MEMBENARKAN,
KERANA SEKALIPUN BANGGANYA NEGARA
KERANA MAKMUR DAN MEWAHNYA,
BANGSAKU MASIH MELATA
DAN MEMINTA-MINTA DI NEGARANYA SENDIRI.


BUKAN KECIL TUGAS KITA
MENERUSKAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN KITA
KERANA RUPANYA SELAIN MEMERDEKAKAN,
MENGISI KEMERDEKAAN ITU JAUH LEBIH SENGSARA.


BANGSAKU BUKAN KECIL HATI DAN JIWANYA
BUKANKAH SEJAK ZAMAN BERZAMAN
MEREKA MENJADI PELAUT, PENGEMBARA
MALAH PENAKLUK TERKEMUKA?


BUKANKAH MEREKA SUDAH MENGEMBANGKAN
SAYAP, MENJADI PEDAGANG DAN PENIAGA
SELAIN MENJADI ULAMA DAN ILMUAN TERBILANG?


BUKANKAH BANGSAKU PERNAH MENGHARUNG
SAMUDERA MENJAJAH DUNIA YANG TAK DIKENAL?


BUKANKAH MEREKA PERNAH MENJADI
WIRA SERANTAU YANG TIDAK MENGENAL ERTI TAKUT
DAN KEMATIAN?


DI MANAKAH SILAPNYA HINGGA BANGSAKU
BERASA BEGITU KECIL DAN RENDAH DIRI?


APAKAH ANGKARA PENJAJAH?

LALU BANGSAKU MULAI MELUPAKAN KEGEMILANGAN
SILAM DAN SEJARAH GEMILANG MEMBINA EMPAYAR…


TUGAS KITA BELUM SELESAI RUPANYA
BAGI MEMARTABAT DAN MEMULIAKAN BANGSA
KERANA HANYA BANGSA YANG BERJAYA
AKAN SENTIASA DIHORMATI.


RUPANYA MASIH JAUH DAN BERLIKU JALAN KITA
BUKAN SEKADAR MEMERDEKA DAN MENGISINYA
TETAPI MENGANGKAT DARJAT DAN KEMULIAAN
BUAT SELAMA-LAMANYA.


HARI INI, JALAN INI PASTI SEMAKIN BERLIKU
KERANA MASA DEPAN BELUM TENTU
MENJANJIKAN SYURGA
BAGI MEREKA YANG LEMAH DAN MUDAH KECEWA.


PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI
KERANA HANYA YANG CEKAL DAN TABAH
DAPAT MEMBINA MERCU TANDA
BANGSANYA YANG BERJAYA.


DR. MAHATHIR MOHAMAD
MEI 1996

Ahad, 2009 Ogos 30

Beberapa Perkara Asas Perlembagaan

Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu.

Perkara 153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.


Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.


Kedudukan Agama Islam


Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Kedudukan Bahasa Melayu

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.


Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :
-  perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)

-  ekonomi : Perkara 153 (6)

-  pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)

-  Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.

-  Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Kewarganegaraan


Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-undang kerakyatannya yang selaras. Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-


- Perolehan Kewarganegraan
Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1)

- Penamatan Kewarganegaraan
Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2)

-Peruntukan Tambahan
Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3)

Dalam Perlembgaan ada dua cara menyebabkan seseorang itu boleh hilang kewarganegaraannya:

-Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan daripada negara lain.


-Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia kepada negara.


Kebebasan Hak Asasi 

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya  sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hak-Hak Asasi ini meliputi :

Perkara 5   : Kebebasan Diri

Perkara 6   : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan buruh paksa)

Perkara 7   : Perlindungan daripada undang-undang Jenayah

Perkara 8   : Hak Kesamarataan

Perkara  9  : Hak Kebebasan Bergerak

Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

Perkara 11 : Kebebasan Beragama

Perkara 12 : Hak Mendapat Pendidikan

Perkara 13 : Hak Terhadap Harta

Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya hak-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya:


•    Perkara 149 – Perbuatan Subversif
•    Perkara 150 – Kuasa-kuasa Darurat
•    Perkara 159 – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
•    Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 1975


7 PERKARA WASIAT RAJA-RAJA MELAYU


WASIAT RAJA-RAJA MELAYU dan PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu ketika negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu:

"KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunan kami 7 PERKARA yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
 

7 PERKARA ITU IALAH:

Pertama-Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)

Kedua-Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga-Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat-Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima-Kami isytiharkan ISLAM ialah agama persekutuan,

Keenam-Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

Ketujuh-Kami amanahkan dan kami pertanggungjawab kan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Demikianlah tujuh wasiat yang telah diceritakan oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia ini di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) pada hari ini 22 hb November 2008 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Sabtu, 2009 Ogos 29

SENARAI EXCO 2009/2010


Penaung                :               Dato’ Haji Baharom Bin Haji Kamari
Penasihat              :               Puan Siti Asmahan Binti Mohd Ali
Yang Di-Pertua     :               Haidir Anuar Bin Zubir
Timb. YDP             :               Abdul Taib Bin Maerad
Naib. YDP 1            :               Ahmad Zahry Iswandi Bin Yunos
Naib. YDP 2            :               Mohd Norhazri Bin Abu Bakar
Naib. YDP 3            :               Rozita Binti Rosly
Setiausaha            :               Saidatul Naila Bt Mohd Khalid
Pen. Setiausaha   :               Mohd Jamallullail Bin Musa
Setiausaha Kerja  :               Mohd Bob Halil Bin Mustafa
Bendahari Agung :               Nurul Ai’ni
Pen. Bendahari     :               Nor Suhaila Bt Sahir
Ketua Penerangan               :               Mohd Azizul Hakim Bin Samsudin
Exco Latihan & Pembangunan                          : Abdul Razak Bin Ismail
Exco Sukan & Rekreasi                                      : Mohd Nur Izwan Bin Busra
Exco Penerbitan, Penyiaran & Multimedia      : Mohd Yaseer Bin Wasli
Exco Perhubungan Luar & Publisiti                 : Salasiah Binti Shahbudin
Exco Kepimpinan & Perkaderan Siswa           : Mohammad Najib Bin Ahmad

LAGU WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Ciptaan: Tan Sri Nordin Kardi

LAGU GPMS

Timbulnya Gabungan Pelajar Melayu,
Setelah menempuh halangan,
Bahgia hendaknya memimpin pelajar,
Bagi ibu kandungan .

Kekal berpanjangan, khidmat mulia,
Dengan tulus dan setia,
Cekal Bersatu lambang kita,
Menuntut hingga berjaya *(ulang dua kali)

Ciptaan : Allahyarham Yub Rawan.

MUKADIMAH GPMS


Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.
 
SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah Melayu

SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan

SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa

SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami

BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.
 
 
BELAJAR TERUS BELAJAR
 
 
BERIKRAR  “Dengan hati yang suci murni, kami pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu bersatu berdasarkan Keislaman dan Kebangsaan; berjuang dengan berani kerana benar untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa sebagai syarat mencapai kemajuan dan kemuliaan bangsa Melayu” wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.